Home MyProfile MyGallery MyTwitter MyEmail MyAdvertise

07 November 2009

Tambah / Pasang Emoticon Smile pada Shoutbox

Lama tidak menulis tentang tutorial, walaupun sudah ditanya banyak kali oleh beberapa orang tentang cara untuk pasang / tambah emoticon. Bila sebut emoticon/smiley, mungkin masih lagi ada yang tertanya-tanya apakah benda itu...? fungsi emoticon ini fungsinya hanyalah sekadar untuk mencantikkan dan menceriakan shoutbox (cbox/shoutmix dll.) Selain itu juga menggambarkan emosi seseorang.

Bila sebut emoticon/smiley juga, jarang blog lelaki memasangnya. Kebanyakkan perempuan lebih meminatinya, lebih-lebih lagi emoticon yang menggambarkan peribadi seseorang perempuan cth : hello kitty, rabbit, monkeygirl dan sbgnya.


Bagaimana cara hendak memasangnya...?
1)Perkara utama sekali yang perlu diberi keutamaan ialah, Login akaun cbox/shoutmix anda. Ini perkara yang mustahak. Kebanyakkan orang sudah lupa password cbox/shoutmix mereka. Sekadar lepas pasang pada blog, cukup sudah. Padahal macam-macam lagi kepentingan shoutbox itu.

2) Untuk tmbh emoticon/smiley pada cbox :
# slps login akaun cbox blh pilih *lihat gambar di atas
i) option
ii) smilies


3)Untuk tmbh emoticon/smiley pada shoutmix :
# slps login akaun shoutmix blh pilih *sila lihat gmbr di atas.
i) setting > display
ii) smileys

4) Anda boleh mengambil emoticon/smiley di laman web ini laymark.com dan emo.huhiho.com dan boleh pilih mengikut kesukaan anda.
untuk lebih mudah boleh rightklik mouse, pilih properties, copy url image location. Blh juga upload sendiri gmbr tesebut pada share file anda...save as gmbr, lps itu upload.

5) slps daripada itu, blh tmbh url emoticon (1) tersebut pada ruangan yang disediakan.
*blh lihat gmbr dibawah. keduanya (cbox dan shoutmix lebih kurang sama).

6) untuk code (2) atau alt code (3) itu boleh buat ikut kesukaan anda. selepas masukkan semua emoticon-emoticon kesukaan anda. Pilih save dan lihatlah hasilnya.
#untuk guna/lihat emoticon pada shoutbox (cbox dan shoutmix) anda:
1) pada shoutmix blh klik dekat tanda (+) more option
2) untuk cbox pula blh lihat dekat bawah cbox dan klik smilies.


7) Bagi menyerlahkan lagi kreativiti anda, blh copy widget/html dibawah dan letakkan pada blog. *pastikan edit terlebih dahulu mengikut code pada shoutbox (cbox atau shoutmix) anda.
*tidak ada widget ini pun sudah memadai....

<center><div style="border: 1px solid rgb(153, 153, 153);
overflow: auto;
width: autopx;
height: autopx;
text-align: center; ">

<center><text>Pilih dan taipkan kod pada cbox (kata2 anda) </text></center>
<center><text>Cth; Taip :nanges@ :suka @ :hi</text></center>

<img src="http://cococokie.files.wordpress.com/2007/05/onion09.gif" title=":nanges"/>

<img src="http://cococokie.files.wordpress.com/2007/05/onion13.gif" title=":cinta"/>

<img src="http://cococokie.files.wordpress.com/2007/05/onion15.gif" title=":raung"/>

</div></center>


*pastikan edit terlebih dahulu sebelum dimasukkan pada blog anda.
*sila copy paste url image emoticon (bg tulisan warna merah) anda seperti yang dimasukkan pada shoutbox anda.
*untuk tulisan warna hijau, taip mengikut code(2) yg dibuat pada shoutbox anda. pastikan sama.
*sila copy pastekan lagi img src tersebut untuk kod url image anda yang lain.

Harap maaf jika kurang memahami apa yang ditulis. Saya pun tidak tahu sejauh mana kejelasan yg ditulis ini. Jika tidak paham, jgn malu2 untuk bertanya. Sebarang soalan boleh diajukan. InsyaAllah saya akan menjawabnya jika mampu.

p/s: jangan abaikan masa anda untuk mempercantikkan blog anda. lebih-lebih lagi dalam menukar dan mengedit template. gunakan masa sebaiknya. pandai2 untuk hidup.

Baca Selengkapnya...

30 Oktober 2009

Rapatkan Saff Mantapkan Ukhuwwah

Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan lengah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas . Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu bany ak sudut yang boleh kita bersama .

Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]

Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .

Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .

Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .

Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .

Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .

Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .

Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang . Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !

Sumber : DetikDaily
Sumber Asal : Ust Nasrudin Tantawi

Baca Selengkapnya...

Anak Kita Tanggungjawab Kita

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dalam menjalankan tugas kita sebagai ibubapa, orang yang memikul amanah dalam membimbing anak-anak

dan sebagai anak-anak yang mentaati kedua ibubapa. Dalam sebuah riwayat yang dikeluarkan oleh Abd Razzak dan Said bin Mansur daripada Ali r.a berkata: “Didiklah anak-anak dan keluargamu dengan baik serta hiasilah mereka dengan akhlak yang baik”.

Sementara itu, pepatah Melayu berbunyi ‘melentur buluh biarlah dari rebung’ patut dijadikan amalan. Pendidikan dan pembentukan keperibadian anak hendaknya bermula dari kecil lagi. Ini mesti dilakukan oleh ibu dan bapa. Bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang berakhlak mulia, penyantun serta berbudi bahasa dalam usia anak yang masih mentah.

Pertama, ibubapa perlu berusaha untuk memenuhi hak asasi anak seperti yang digariskan oleh Islam. Prof Abdul Rahim Omran berkata ada 10 hak asasi seorang anak iaitu;

1. Hak untuk hidup.
2. Hak untuk mempunyai genetik sahih (anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang sah pernikahannya).
3. Hak untuk mempunyai nama baik.
4. Hak untuk mendapat belaian kasih sayang, perlindungan & penyusuan ibu.
5. Hak untuk mendapat tempat tidur berasingan.
6. Hak untuk mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
7. Hak untuk dibesarkan di dalam suasana Islam.
8. Hak untuk mendapatkan setiap sesuatu yang dibelanjakan baginya dari sumber halal.
9. Hak untuk mempelajari kemahiran hidup dan pertahanan diri.
10. Hak untuk mendapat layanan saksama tanpa mengira jantina.

Merujuk kepada hak yang ke-6 di atas, kita perlu melihat semula sejauhmanakah peranan ibubapa dalam memberi pendedahan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah kepada anak-anak yang dikatakan amat kritikal kini. Masyarakat sering kali menyalahkan ibu bapa sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini terhadap anak-anak. Si bapa pula akan menyalahkan ibu yang menurutnya bertanggungjawab sepenuhnya mendidik anak-anaknya. Sebenarnya ibubapa bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Sikap saling menyalahkan antara satu sama lain sangat merugikan kerana tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

Al-Quran menjelaskan fungsi mendidik anak terletak pada bahu seorang bapa, manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya. Ini dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan ketika Lukman berkata kepada anaknya, pada waktu dia memberi pelajaran kepada anaknya: Hai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman besar.” (Surah Lukman, ayat 13).

Di sini, Lukman sebagai seorang bapa, mula mendidik anaknya dengan memperkenalkannya kepada Allah, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya Lukman (mewakili kaum bapa) mengajarkan anaknya terhadap bahaya syirik dan menasihatkan anaknya mengenai beberapa tatacara akhlak mulia. Begitulah betapa besarnya tanggungjawab bapa dan ini menunjukkan bapa memang tidak boleh lepas tangan dalam pembinaan sahsiah anak. Dalam perubahan struktur keluarga pada zaman ini (di mana ibu juga sama-sama mencari nafkah), tugas bapa bukanlah setakat mencari nafkah untuk keluarga semata mata. Mereka perlu berganding bahu sebagai ibubapa yang berpadu tenaga untuk mengenalkan anak kepada akidah Islam mantap. Keutuhan akidah inilah yang akan menjamin kemuliaan akhlak remaja Islam.

Dalam hal ini, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak di dalam Islam) merakamkan enam tanggungjawab pendidikan, iaitu:

1. Tanggungjawab pendidikan keimanan (akidah).
2. Tanggungjawab pendidikan akhlak.
3. Tanggungjawab pendidikan jasmani.
4. Tanggungjawab pendidikan mental.
5. Tanggungjawab pendidikan rohani.
6. Tanggungjawab pendidikan sosial.

Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa anak-anak kita tergolong daripada mereka yang berguna kepada umat manusia dan bukan di kalangan mereka yang membuat kerosakkan?. Untuk memastikan kesemuanya ini, suatu perkara yang sangat penting perlu dimiliki oleh setiap orang untuk menjalani kehidupan di atas bumi ini, lebih-lebih lagi dalam memikul amanah sebagai khalifah adalah dengan menguasai “ilmu”. Hanya dengan ilmu sajalah seseorang itu dapat membezakan yang halal dan yang haram, yang haq dan yang bathil. Hanya dengan ilmu jualah manusia dapat mentadbir bumi ini sebaik-baiknya agar mereka mendapat ketenangan serta kejayaan di dalam segala aspek kehidupan. Untuk kita memakmurkan bumi ini, wajiblah kita menuntut ilmu… Segala bentuk ilmu, samada ilmu fardu ain seperti ilmu Tauhid, ilmu Fiqh dan Muamalah ataupun ilmu fardhu kifayah seperti ilmu Sains, Matematik dan sebagainya.

Renunglah sejenak… Sejauhmanakah kita mendedahkan anak-anak kita dengan ilmu fardhu ‘ain?… Di kesempatan cuti persekolahan ini marilah sama-sama kita tekankan penguasaan ilmu fardhu ‘ain untuk anak-anak kita agar dengannya dapat dijadikan benteng bagi mereka menghadapi dunia luar yang penuh cabaran. Bawalah anak-anak kita bersama-sama solat berjamaah di surau/ masjid, biasakanlah mereka dengar membaca Al-Quran walaupun hanya sekadar selembar sehari dan biasakanlah mereka dengan mendengar tazkirah ilmiah yang dianjurkan. Insya Allah gabungan ilmu fardu ‘ain dan fardhu kifayah yang mantap akan membentuk jatidiri anak-anak ke arah yang lebih terarah. Insya Allah dengan ini dapat menghindar remaja kita kepada kemusnahan yang merosakkan aqidah, akhlak dan peribadi mereka.

Marilah kita merenung sejenak akan pentingnya ilmu di dalam kehidupan, terutama bagi mereka sebagai pelapis para pemimpin di masa hadapan. Anak-anak kita tidak akan dapat mendisiplinkan diri dalam menuntut ilmu melainkan dengan tunjuk ajar dan pimpinan ibubapa mereka. Sebagai ibubapa kita haruslah sentiasa memainkan peranan untuk memberi mereka sokongan dan tunjuk ajar yang diperlukan. Kita tidak boleh sibuk dengan urusan pekerjaan seharian sahaja sehingga kita abaikan tangungjawab terhadap mereka.

Bagaimanakah boleh kita membantu mereka?. Sebagai ibubapa, selain daripada memberi mereka galakan, kita harus juga ada hubungan komunikasi dengan anak-anak, sentiasa berinteraksi dengan mereka dan sentiasa bertanya akan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam mengharungi dunia mereka. Sebagai ibubapa, kita juga harus memastikan mereka hanya menuntut ilmu yang benar dan yang bermanfaat dan tidak menuntut ilmu-ilmu yang boleh memudharatkan mereka. Antara ilmu-ilmu yang membawa kebaikan, sebagai contoh, ilmu fardhu ain, kerana ianya akan mengenalkan remaja kita kepada tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam dan perkara-perkara yang diwajibkan ke atas mereka untuk ditunaikannya. Dengan demikan mereka akan menjadi remaja yang bertaqwa serta akan menjauhkan mereka daripada membuat maksiat dan sekaligus mereka akan mempunyai sifat muraqabah. Secara tidak langsung, mereka juga akan menjadi anak yang soleh dan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sebagai ibubapa, mungkin kita akui dan memang tidak akan merestui sekiranya anak-anak kita menuntut ilmu yang boleh merosakkan mereka. Tetapi dari manakah mereka mendapat ilmu-ilmu tersebut? Sebagai remaja, anak-anak kita mempunyai ramai kawan dan kenalan. Sekiranya mereka berkawan dengan mereka yang mulia akhlaknya, mereka akan juga dipengaruhi sifat-sifat mulia daripada kawan-kawan tersebut. Tetapi, sekiranya mereka berkawan dengan yang buruk akhlak dan budi pekertinya, mereka akan terpengaruh dan akan mengambil sifat-sifat buruk tersebut. Jadi, kita hendaklah memastikan agar anak kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan mengelakkan daripada ilmu-ilmu yang boleh merosakkan akhlak dan peribadi sebagai persiapan mereka menjadi khalifah di muka bumi ini.

Demikianlah antara tanggungjawab kita sebagai ibubapa di mana kita akan ditanya oleh Allah SWT akan amanah yang kita dipertanggungjawabkan ini. Buat akhirnya, semoga ibubapa dan pendidik dapat meningkatkan iltizam dalam mendidik cahaya mata masing-masing dengan merenung mafhum hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya akan mereka yang di bawah kepimpinannya!” (Riwayat Ibn Hibban).

Wallahu a’la wa a’lam.


Sumber Asal : TkoDaily

Baca Selengkapnya...

21 Oktober 2009

Ulamak Positif, Perubahan Untuk Kemenangan Islam akan Berlaku

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Hussin Awang menyifatkan ucaputama yang disampaikan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai satu ucapan kepada seluruh umat Islam dan rakyat yang mahukan perubahan.

Beliau yang ditemui sejurus selesai ucaputama semalam berkata ia merupakan arahan kepada jentera dan petugas-petugas parti dan mengggambarkan satu pengharapan yang begitu baik terhadap masa depan.

”Satu ucapan yang menjuruskan kepada pengarahan kepada jentera dan petugas parti, menggambarkan satu pengharapan yang begitu baik terhadap masa depan dan perubahan yang di cita-citakan oleh seluruh umat,

”seluruh rakyat mahu melihat satu perubahan yang begitu ketara dan pengalaman yang telah dirasai dan dinikmati oleh rakyat sebelum ini memberikan satu keyakinan, kita mampu untuk merubah kepada keadaan yang lebih baik dari keadaan masakini,”ujarnya.



Katanya, jasa yang daripada perubahan yang dibuat oleh PAS yang memerintah Terengganu antara tahun 1999 hingga 2004, memberikan satu kekuatan dan keyakinan kepada jentera parti bagi meyakinkan rakyat dan pengundi untuk berubah pada pilihanraya umum yang akan datang.

Beliau yang juga Ketua Panitia Resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu turut membentangkan 10 Resolusi, sebelum Ijtimak Kali yang ke 13 melabuhkan tirainya pada jam 6 petang semalam (17 Oktober).

Di paparkan Resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS kali Ke 13, seperti yang berikut;

ads




ads


Sumber Utama : BuletinOnline

Baca Selengkapnya...

Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu; UcapUtama Presiden PAS

Para peserta ijtima’ sekelian, Hari ini kita masih berada di penghujung bulan Syawal, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Minal ‘aiddina wal faaizin, kullu ‘aamin wa antum bikhair. Tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad di Palestin, Iraq, Afghanistan, Filiphina, Selatan Thailand dan juga saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian di Padang, Sumatera Barat dan lain-lain

Hari Raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan bagi mereka yang berjihad. Walaupun ribut dan badai melanda bahtera perjuangan, mereka tetap dengan janji dan tidak sekali-kali menukarkannya kepada yang lain. Hal ini telah dikisahkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran;

“Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab, mereka menyatakan inilah janji Allah dan RasulNya, benarlah janji Allah dan Rasulnya. Tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah”

Dalam suasana berhari raya ini juga, kita menyertai Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, di Negeri Sembilan. Suatu pilihan raya kecil yang amat buruk, kotor dan jelek dalam sejarah tanah air. Walaupun BN berbangga dengan kemenangan besar mereka, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa sistem demokrasi di dalam negara ini penuh dengan ugutan, permusuhan, rasuah, kebiadaban dan penipuan oleh UMNO/ BN.

Namun, kita tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang termahal, nikmat yang diberikan hanya kepada orang-orang yang dikasihiNya iaitu nikmat Iman dan Islam. Bahkan bertambah-tambah syukur kita, apabila dipilih oleh Allah menjadi pekerja dan pejuang Islam berhimpun pada hari ini membincangkan tajuk,

“Berubah Untuk Kemenangan Islam”.

2.0 ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

2.1 Islam Agama Fitrah

Islam, agama seluruh para anbiya’ dan mursalin alaihimussalaa tu wassalam semenjak nabi Adam sehingga nabi kita Muhammad SAW adalah ajaran yang sempurna. Ia bukan ciptaan manusia dan juga bukan ciptaan Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana yang diistilahkan oleh orientalis Barat sebagai Muhammadanism (agama Muhammad) tetapi ianya adalah daripada Allah Yang Maha Esa dan Maha Agung.

Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika dunia berada dalam kesesatan jahiliyyah (kerosakan aqidah, akhlaq, ekonomi, politik). Penduduk Mekah yang mempunyai Baitullah (Kaabah), telah mensia-siakan ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Rome, tempat berkembangnya ajaran Kristian, telah menjadi kuasa politik yang memperalatkan Kristian untuk kepentingan segelintir manusia.

Parsi, negeri yang maju dari segi aspek kebendaan tetapi penduduknya menyembah api di samping berpegang dengan falsafah Zoroaster. China, penduduknya beragama Budha, Lotze dan Confutze yang mengabdikan diri sesama makhluk. India, negeri yang dibanjiri oleh dewa-dewi yang disembah oleh penganut Hindu. Tidak kurang juga apa yang dilakukan oleh penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh yang syirik dan terkapai-kapai dalam kegelapan.

Islam di bawah pimpinan Muhammad SAW, Nabi terakhir memimpin manusia secara fitrah. Lihatlah bagaimana hebatnya wahyu pertama yang diturunkan dalam surah Al-Alaq, ayat 1-5:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Islam mengajak manusia mengenal penciptanya, agar mereka mengenal tujuan hidup dan tempat mereka akan kembali di penghujung hayat mereka.

2.2 Islam Merubah Wajah Dunia

Sirah menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar berlegar di dalam masjid sahaja. Ianya di sampaikan disegenap penjuru dunia. Setelah berjaya melahirkan peribadi Muslim, keluarga Muslim, masyarakat dan negara Islam di al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah mengembangkan Islam dengan menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin yang berada di sekeliling Madinah selepas mengadakan perjanjian Hudaibiyah.

Surat-surat dihantar kepada Najasyi (Raja) Habsyah, al-Muqauqis Raja Mesir, Kisra Raja Parsi, Heraqla (Hercules) Raja Rome, pemimpin Bahrain Al-Munzir bin Sawi, pemerintah Yamamah Hauzah bin ‘Ali, pemerintah Damsyik al-Harith bin Abi Syamar dan juga Raja Oman. Kepada Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah Rasulullah SAW menulis surat dengan susunan ayat-ayat berikut :-

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Rasulullah SAW kepada Hauzah bin Ali, selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya agamaku akan mencapai kemenangan sehingga kepenghabisan sampainya kuku unta dan kuda. Maka dengan Islamlah nescaya kamu selamat, dan aku jadikan (pertanggungjawabkan) untuk mu apa yang telah ada di bawah tangan (kekuasaan) mu.”

2.3 Sistem Ciptaan Manusia Pasti Tumbang

Manusia mencipta sistem-sistem bagi mengurus kehidupan mereka. Sistem ini menemui kegagalan kerana ianya menolak aqidah, syariat dan akhlak yang mulia. Ianya tidak mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal mengikut ketentuan masyarakat. Marilah kita melihat bagaimana salah satu sistem ciptaan manusia, iaitu sistem ekonomi. Sistem ini sedang mengalami keruntuhan yang menakutkan kuasa-kuasa besar dunia.

Sistem ekonomi kapitalis (perusahan bebas), sosialis (mengembalikan kuasa ekonomi dari Borjuis (kapitalis) kepada golongan Proliter (petani dan buruh), komunis (mengembalikan kuasa ekonomi kepada proliter secara demokrasi dan sederhana) tidak dapat menandingi sistem ekonomi Islam yang dikenali sebagai muamalat kerana ianya berdasarkan wahyu Ilahi bermatlamat mencari keredhaan Allah, meletakan harta hak mutlak Allah dan aktiviti perekonomian adalah ibadat.

Cerdik pandai dalam pelbagai bidang sedang menjenguk kepada kehebatan syariat Islam setelah teori-teori ciptaan barat sudah tidak dapat bertahan lagi. Islam membaiki kefasadan ini sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Saidina Umar yang sempat hidup di era jahiliyah dalam ucapannya yang terkenal :-

“ Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari selain daripada Islam untuk mendapatkan kemuliaan, nescaya kita mendapat kehinaan”

Abad ke-21 menyaksikan bagaimana kekuatan peradaban manusia dicabar oleh zaman. Kemusnahan blok Komunis dari segi geopolitik, ekonomi dan budaya menjadi bukti bahawa ideologi yang tidak bertunjang kepada Islam akan berakhir dengan kegagalan. Blok kapitalis juga tidak dapat diteladani kerana ianya tidak berteraskan nilai-nilai positif. Kehebatan Amerika dan Eropah juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan.

Dalam keadaan meraba-raba ini, kita mesti memberi keyakinan kepada dunia bahawa ubat yang paling mujarab untuk membaiki penyakit jahiliyah abad 21 ini hanya kembali kepada Islam. Firman Allah:

“Allah menjadi wali kepada orang-orang beriman dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kekufuran, syak serta ragu-ragu kepada cahaya kebenaran yang jelas dan menerangkan dengan mudah dan senang. Sedangkan orang-orang kafir yang menjadi wali atau pelindung mereka adalah syaitan yang menghiasi mereka dengan kejahilan dan kesesatan. Mereka mengeluarkan orang-orang kafir dari jalan kebenaran kepada kekufuran dan pendustaan. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya”.

3.0 MENILAI PERMASALAHAN

Perkara pertama yang mesti dilakukan dalam melaksanakan agenda perubahan ialah memahami permasalahan. Terdapat faktor luaran dan faktor dalaman yang menyebabkan adanya masalah dan halangan kepada usaha PAS untuk melaksanakan perubahan. Justeru faktor-faktor ini patut dianalisa agar kita dapat merumuskan cara-cara penyelesaian yang terbaik dalam usaha melakukan perubahan untuk kemenangan Islam.
3.1 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Luaran.

Musuh-musuh Islam yang dipimpin oleh Amerika dan Yahudi bersama dengan North Atlantic Trity Organization (NATO) terus menerus menunjukkan permusuhannya ke atas umat Islam dengan melabelkan umat Islam sebagai pengganas. Mereka berusaha menyemai perasaan benci masyarakat dunia kepada Islam dengan harapan Islam - yang semakin berkembang dengan pesat termasuklah dalam negara mereka sendiri - dapat disekat dan dihancurkan.

Dasar negara kita yang sekular dengan mengasingkan antara agama dengan kehidupan dunia terutamanya mengenai penyiaran dan hiburan merupakan punca kepada kebejatan sosial dan jenayah yang makin membarah pada hari ini. UMNO pula sebagai parti yang menganut faham liberal tidak berhenti daripada melebarkan kejahilan dan salah faham terhadap Islam dalam masyarakat.

Mereka sebagai golongan yang memerintah tidak berusaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam dan syariatnya bahkan mereka hanya memejamkan mata walaupun berlakunya kecelaruan dalam pelaksanaan undang-undang Islam yang diwartakan sendiri oleh mereka sebagaimana dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno di Pahang.

Demokrasi yang dilaksanakan kini penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Ciri-ciri demokrasi yang sebenar sudah tiada. Maklumat melalui media yang sepatutnya adil kepada semua pihak hanya menyiarkan maklumat untuk sebelah pihak sahaja. Jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah jentera tersebut bukan lagi milik kerajaan tetapi milik parti yang memerintah. Perhimpunan aman yang sepatutnya menjadi hak dan kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan disekat dengan memperalatkan pasukan keselamatan. Bahkan boleh kita katakan, aspek pelaksaan demokrasi oleh negara-negara bukan Islam yang memusuhi Islam lebih baik berbanding dengan negara kita yang diperintah oleh orang Islam sendiri.

3.2 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Dalaman.

Kita telah menyaksikan perjalanan abad-abad silam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Semakin jauh kehidupan dengan Baginda semakin tercabarlah pula kehidupan umatnya. 14 abad telah berlalu. Gerakan dan parti Islam seperti PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan, melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa. Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya ;

Pertama: Adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?

Kedua : Adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah?

Ketiga : Adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawannya?

Persoalan-persoalan di atas memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan sekalian merasa kekurangan di dalam perkara-perkara yang dibincangkan ini tetapi saya juga yakin bahawa tuan puan tidak merasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk berdepan dengan mereka yang menentang kita terutamanya musuh tradisi politik kita dari kalangan UMNO dan BN.

4.0 MENITI PERUBAHAN

4.1 Memahami Fikrah Perubahan

Islam sebagai addin yang sempurna menawarkan kepada seluruh manusia jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat melalui suatu proses perubahan hidup dari jahiliyyah kepada Islam. Proses ini bermula dengan keyakinan seseorang bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya. Iaitu suatu proses perubahan yang menggarap dan menjawab persoalan besar manusia yang berakal; dari mana datangnya, kenapa berada di persada dunia ini dan ke mana akhirnya.

Sebagai agama yang syumul, Islam merupakan suatu sistem yang lengkap merangkumi hubungan hamba dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Ia dianuti dan dihayati sebagai sebuah cara hidup yang merangkumi pelbagai bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan, pemikiran (falsafah), dan kesenian yang berpaksikan kepada aqidah tauhid. Adalah suatu tugas yang besar untuk menjayakan perubahan menyeluruh seperti ini. Namun, Rasulullah S.A.W telah diutuskan sebagai pelengkap dan penyudah kepada sekalian para nabi dan Rasul dengan membawa bimbingan ilahi, dengan wahyu al-Quran dan pimpinannya yang dipimpin terus oleh Allah SWT telah berjaya mengubah masyarakat jahiliyyah Mekah dan Madinah serta sekitarnya meninggalkan sistem-sistem yang gasar seterusnya menggantikannya dengan sistem Islam.

Hari ini kita bercakap untuk berubah bagi kemenangan Islam. Kerana Islam mesti memimpin. Allah SWT telah memberikan panduannya yang nyata melalui ayat 11 surah al-Ra’d:“Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri”

Kebanyakkan ulama yang mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan mendatangkan azab dan bala bencana melainkan manusia itu sendiri yang berubah daripada keimanan dan ketaatan kepada kekufuran dan kemaksiatan.

Al Ka’bi Rahimahullah berkata: ‘Sesungguhnya kesemua ayat menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memulakan sesuatu azab dan bala’ bencana. Beliau mengemukakan beberapa ayat. Di antaranya ialah ayat di atas.

Qatadah ibnu Dua’mah, seorang tabi’in besar, salah seorang anak murid kepada Abdullah Ibnu Abbas berkata ‘Selepas membaca ayat tersebut: Sesungguhnya datangnya perubahan daripada manusia dan permudahan daripada Allah, maka janganlah kamu mengubah nikmat-nikmat Allah pada kamu’.

Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri.

4.1.1 PAS mesti menjadi sebuah parti politik dan gerakan Islam yang disegani

Perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita. Keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan. Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam.

Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO kini semakin hampir kepada zaman kejatuhannya sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya contohnya Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana UMNO dan BN di Malaysia. Golongan yang jatuh ini akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat. Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu (government in waiting).

4.1.2 Jaminan hidup aman untuk generasi akan datang

Keruntuhan moral dan akhlak pada hari ini telah membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Inilah dia kesan buruk yang diakibatkan oleh sistem pemerintahan yang tidak mengambil kira pelaksanaan syariat serta persoalan dosa dan pahala. Sekiranya perubahan yang kita inginkan itu berlaku iaitu dengan menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah, sudah pasti kehidupan yang aman dan sejahtera akan dinikmati oleh generasi yang akan datang.

4.2 Menguruskan perubahan

Dengan menyedari hakikat kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa menyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan suatu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam.

4.2.1 Setiap ahli mesti menggabungkan diri dan berintima’ dalam saf perjuangan. Dengan intima’ ini kita menjadi orang-orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti fiman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4. Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

4.2.2 Keperluan PAS menguruskan agenda tarbiyyah dengan lebih mantap dan kesedaran sebenar ahli kepada kepentingan tarbiyyah harakiyyah dalam keimanan, keilmuan, kemasyarakatan dan kecergasan.

4.2.3 Peranan Organisasi PAS daripada atas hingga ke bawah dan peranan dewan-dewan (ulama’, Pemuda dan muslimat) serta sayap-sayap organisasi parti yang terdiri dari lajnah-lajnah semua peringkat hendaklah digaris pandukan pencapaiannya oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Latihan-latihan kepada petugas dilakukan secara terus menerus sementara kepentingan perkaderan pelapis diberikan perhatian. PAS juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang, agar mereka dapat membantu parti secara terus menerus atau apabila diperlukan.

4.2.4 Keperluan berdakwah ke seluruh negara dalam konteksnya yang munasabah bagi PAS. Orang Melayu sendiri perlu disedarkan dan dibimbing dengan ajaran Islam yang syumul. Mereka adalah mad’u yang terdekat dengan PAS.

4.2.5 Meningkatkan pengorbanan ahli dalam semua sudut (intelektual, harta, masa dan tenaga)

4.2.6 Membina pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej seterusnya mengembalikan mood rakyat untuk menyokong PAS melalui program-program kemasyarakatan.

4.2.7 Memperluaskan penggunaan media baru

4.2.8 Merancang penguasaan gerakan PAS dalam masyarakat dan memikirkan cara-cara yang baik bagi memungkinkan PAS memimpin masyarakat.

4.2.9 Menguruskan badan-badan dan institusi-institusi parti seperti Nisa’, Waja dan PASTI.

4.2.10 Muda-mudi adalah harapan jamaah dalam melahirkan Generasi Rabbani. Mereka hendaklah dilihat dengan penuh kasih sayang dan dibimbing dengan hikmah dan kebijaksanaan. Sesungguhnya kerajaan UMNO/BN tidak mampu lagi untuk memimpin mereka dan menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk mereka. Dasar-dasar penyiaran, kebudayaan dan sukan; filem-filem yang ditayangkan, majalah-majalah dan lebih-lebih lagi pusat-pusat hiburan menjadi alat perniagaan yang penyakitnya membarah ke dalam masyarakat. Jenayah arak, dadah, persundalan, pergaulan bebas tanpa batasan agama dan budaya hidup berpeleseran adalah wajah muda-mudi hari ini. PAS mesti bertindak segera merubah suasana menyelamatkan generasi muda agar menjadi pewaris ummah dan tanah air pada masa hadapan.

4.2.11 Kewujudan kepimpinan pemuda PAS di peringkat negeri hingga cawangan adalah bagi menjamin kesinambungan perjuangan ini dan mengembangkan pengaruh Pas kepada orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang budaya. Kepimpinan pemuda mestilah berusaha melahirkan pemuda berilmu, beriman, berketerampilan dan kuat semangat. Meramaikan naqib muda bagi mengendalikan usrah remaja terutama dari kalangan anak-anak ahli Pas perlulah diagendakan supaya kewujudan keluarga muslim terbina dengan terancang. Aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang menjadi jambatan penghubung dengan warga muda perlu diurus dengan bijaksana tanpa melangkau batasan syariah.

4.3 Natijah Perubahan

Alhamdulillah, hasil daripada polisi memasyarakatkan PAS, Membangun Bersama Islam dan PAS untuk semua, kita telah berjaya memerintah pada tahun 1999 – 2004 dan seterusnya mengembangkan pengaruh PAS dalam pilihan raya 2004 dan 2008.

Mari kita mengimbas sejenak hasil daripada perubahan yang berlaku untuk kita menilai kepentingan perjuangan kita bagi memenangkan Islam dan menjadikannya berkuasa ke atas negeri Terengganu Darul Iman.

4.3.1 Hasil daripada pemerintahan PAS / BA. Diantaranya ialah:

a)Perubahan ke arah Pelaksanaan Syariat lslam.

Kerajaan PAS / BA telah membuat perubahan ke arah pelaksanaan Syariat Islam kerana PAS yakin asas penting pegangan sesebuah pemerintahan ialah melaksanakan syariat Allah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dipinda dan tujuh enakmen telah diluluskan. Pindaan perlembagaan negeri dibuat dengan meletakkan AI-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang dan rujukan tertinggi. Sementara enakmen yang diluluskan ialah enakmen, hisbah, enakmen pentadbiran hal-ehwal agama lslam (Terengganu) 1422H/ 2001 M), enakmen mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, enakmen kesalahan jenayah syariah(Takzir ) ( Terengganu) 2001 dan enakman tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Enakman kesalahan jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ) Terengganu 1423H/ 2003 M).

b)Perubahan dan Pembangunan dalam Pentadbiran Kerajaan

Pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa bersama duduk semeja dengan Menteri Besar dan EXCO kerajaan bagi merangka dasar dan polisi kerajaan. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Begitu juga dengan dasar kewangan, amalan riba telah ditinggalkan. Pegawai dan kakitangan kerajaan diajak bersama-sama menjalankan tugas sebagai suatu ibadat untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

c)Pembangunan ekonomi, Kebajikan dan pembahagian kekayaan adalah untuk rakyat.

Dasar-dasar pembangunan ekonomi, perindustrian, pertanian, sosial, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pembangunan belia dan lain-lain telah dirangka. Walaupun tanpa royalti, projek-projek pembangunan berasaskan kepada sumber-sumber tempatan seperti sumber perkayuan, sumber mineral, pembangunan tanah untuk pertanian bahkan pembangunan rumah mampu milik dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan PAS juga melaksanakan kebajikan kepada rakyat dengan menganugerahkan tanah, menambah bantuan kebajikan, menambah bantuan imam bilal, cukai rumah kediaman dan tol juga telah dihapuskan dan lain-lain.

d)Pembangunan pendidikan dan dakwah Islamiyyah

Kita telah berjaya mengemukakan pelan pembangunan dan program pendidikan yang komprehensif daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Kita berbangga dengan program Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) sehingga kepada kerjasama KUSZA dengan universiti luar. Begitu juga dengan program tarbiyyah, dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar serta Hisbah

4.3.2 Sebaliknya, natijah daripada kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-11 (2004) telah mendatangkan banyak kerosakan kepada negeri dan rakyat. Kenyataan ini boleh dilihat contohnya daripada aspek-aspek berikut;

a)Pentadbiran negeri menjadi terumbang-ambing apabila kakitangan kerajaan diintip dengan CCTV dan ditekan dengan pelbagai peraturan. Di peringkat kampung, amalan pilih kasih dan mengutamakan suku-sakat menjadi amalan biasa JKKK.

b)Keadaan akhlak generasi muda dan pelajar amat membimbangkan. Ramai pelajar yang terlibat dengan penagihan dadah (pil kuda) dan salah laku seks serta gejala sosial. Kejadian jenayah meningkat dan keruntuhan budi pekerti remaja, pemuda dan pemudi menjadi-jadi. Kegiatan ’menogok’ arak dan judi, telah mula menjadi ’nadi’ kehidupan kota Kuala Terengganu dan bandar-bandar lain

c)Pengurusan Ekonomi dan pembangunan negeri dimonopoli oleh kroni. Pengangguran meningkat, kemiskinan rakyat Terengganu kembali ke tangga utama, rakyat marhaen yang dibela, dianugerah tanah oleh kerajaan PAS, dirampas dan dihina.

d)Terengganu kehilangan pusat pendidikan agama dengan penutupan KUSZA. Anak-anak pintar dari jurusan agama yang ingin melanjutkan pelajaran disekat bantuan dan biasiswa. Sedangkan anak-anak Exco mendapat bantuan biasiswa percuma. Dengan menyedari hakikat, betapa kuasa pemerintahan memainkan peranan untuk menegakkan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar, maka usaha menguruskan perubahan dengan serius dan sistematik mestilah diambil sebagai kewajipan yang sebenar-benarnya di semua peringkat. InsyaAllah, setiap kita yang hadir di dalam perhimpunan ini mampu menjawab bagaimana melaksanakannya.

Marilah kita bercita-cita melakukan perubahan untuk kemenangan Islam agar suasana seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W kembali ke Negeri Terengganu Darul Iman:

“Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan agama ini sehingga seorang yang berjalan dari Sana’ ke Hadharal Maut, tidak merasa takut melainkan kepada Allah dan hanya bimbang kepada serigala yang akan menangkap kambingnya.”

5.0 PENUTUP

Adalah menjadi tanggungjawab kita disemua peringkat meletakan diri kita berdasarkan kelebihan dan kepakaran masing-masing yang dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama merapatkan saf perjuangan serta menjana kekuatan parti dan menempatkannya di persada dunia: bersaing dalam arena politik bagi menguasai Malaysia Negara tercinta. Sesungguhnya kita semua adalah mujahidin Ummah. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni ini. Kenapa tidak?... Allah telah menjamin bahawa kemenangan ini bersama-sama kita seperti yang termaktub di dalam firmannya:

“ Adalah menjadi hak Kami membantu orang-orang yang beriman”

Justeru itu, berusahalah melaksanakan segala perintahNya pada setiap masa, berjuang untuk melaksanakan perintahNya yang belum dilaksanakan lagi dan meninggalkan segala laranganNya. Dia memerintahkan kita untuk mencari jalan bagi mencapai kemenangan Islam. Kita memilih perjuangan secara damai (pilihan raya) sebagai wasilah untuk mendapatkan kekuasaan bagi melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Kita memohon kepadaNya agar terus istiqamah berjuang menegakkan agama ini, walau apapun mehnah dan fitnah kerana jaminannya:
“Sekiranya engkau menolong Agama Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu”
InsyaAllah kita akan terus memacu kehadapan dengan penuh izzah dan taqwa kepada Allah S.W.T. dan mendapat keredhaan Allah serta syurgaNya. Samada kita mencapai kemenangan, atau kita syahid di jalannya.

Akhirnya dengan lafaz saya rasmikan ijtima Kepimpinan Negeri Terengganu kali ke 13 dan saya doakan ijtima’ ini mendapat keberkatan sepanjang perjalanannya








Sumber Utama : BuletinOnline

Baca Selengkapnya...

14 Oktober 2009

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudung

" Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.

Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji? Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan. Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.

Maka tidak hairanlah majoriti orang bukan Islam memahami bahawa tudung 'Tidak Wajib' bagi wanita Islam. Bila melihat wanita Islam bertudung, mereka mengaggap mereka konsevertif, ketinggalan zaman dan penganut Islam ekstrim. tetapi bagi wanita Islam yang tidak bertudung mereka dianggap moden, berfikiran terbuka dan pengamal ajaran Islam sebenar. Maksud yang mudah mereka fahami ialah wanita-wanita Islam tidak bertudung ini adalah penagamal ajaran Islam Hadahari yang maju, moden, terbuka, canggih dan islam yang sebenar seperti yang digambarkan oleh pengasas Islam Hadhari, Pak lah yang isterinya tidak memakai tudung.

Memang ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular dan anti Islam.

Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari.

Adakah, berkemungkinan kerajaan dan MAS memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas. atau mungkinkan kerajaan merasakan memakai tudung kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman. Saya rasa persoalan ini Pak Lah dan Najib sahaja yang boleh menjawabnya kerana kita sendiri tidak tahu menagapa pramugarai MAS yang beragama Islam diharamkan bertudung.

Mengapakah pramugari MAS mesti bertudung?

Pendapat saya, kapal terbang merupakan pintu gerbang pertama memperkenalkan pelancung kepada Malaysia. Bila mereka menaiki MAS dan melihat pramugari MAS bertudung, mereka akan terus memahami bahawa Malaysia negara Islam. Tambahan pula di dalam kapal terbang tidak menyediakan arak, lagi mereka faham bahawa negara yang bakal mereka kunjungi nanti merupakan negara Islam yang taat. Bila mereka keluar dari kapal terbang dan melihat sendiri keadaan negara kita yang bagitu maju, moden, aman damai dan rakyatnya peramah maka mereka akan mengkaguminya. Dan mereka akan memberi kesimpulan bahawa inilah contoh negara Islam yang harus dipuji. Maka secara outamatik, Malaysia mendapat kredit dan Islam menjadi semakin positif dimata orang-orang kafir. Tidakkah ini sesuatu yang baik untuk negara dan agama?

Tambahan pula, pemakaian tudung boleh menjadikan gadis-gadis Malaysia lebih cantik, anggun dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi. Tidak ada mata yang menyatakan bahawa dengan memakai tudung menjadikan gadis-gadis lebih hodoh, bahkan lebih cantik, sopan dan ayu dari yang tidak memakai tudung.


Kesimpulannya, kerajaan BN yang terajui UMNO Melayu Islam, wajar bersifat peka dan sensitif dalam berkaitan dengan hukum Islam. Janganlah kerajaan menjadikan tudung sebagai beban dalam pentadbiran (seperti yang dihadapi RTM sebelum ini) dan harus bersama-sama menyemarakkan syariat khususnya dalam konsep penutupan aurat bagi wanita-wanita Islam di Malaysia. Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai badan berstatus GLC, harus lebih peka dengan tuntutan Islam. Paramaguri MAS yang beragama Islam haruslah diwajibkan bertudung dan ianya boleh menaikan lagi imej Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun sebelum menyuruh orang lain bertudung, adalah lebih molek jika Pak Lah dan Najib memastikan isteri sendiri juga memakai tudung. Nanti jangan dikata orang, bagai ketam mengajar anak berjalan betul!

Sumber : Tranungkite
Sumber Asli : Terjah.com

Baca Selengkapnya...

07 Oktober 2009

15 Malaysia - Khairi Jamaludin

Beberapa hari lagi tarikh mengundi di PRK N31 Bagan Pinang akan tiba. Bagi pengundi-pengundi yang terlibat [pengundi hantu tidak termasuk...] pilihlah calon yang bersih dari sebarang spekulasi dan benar-benar boleh menjamin masa hadapan. Usah takut untuk mengundi PAS, tapi perlu takut untuk mengundi Umno, kerana ianya membawa padah...!

Bahang PRK N31 sungguh terasa apabila berada di Bagan Pinang..Pelbagai isu remeh temeh dimainkan oleh pihak lawan...Bagi saya sendiri, bahangnya kurang terasa kerana kurang mengikuti berita/isu untuk PRK N31 kali ini. Hanya melayari HarakahDaily,TkoDaily dan blog-blog..lebih terasa seandainya turun padang sendiri daripada mendengar dari mulut orang...

Sedang mencari/membaca isu-isu yang terkini, secara kebetulan terjumpa satu video yang bertajuk 15 Malaysia-Khairi Jamaludin

" 15Malaysia is a short film project. It consists of 15 short films made by 15 Malaysian filmmakers. These films not only deal with socio-political issues in Malaysia, they also feature some of the best-known faces in the country, including actors, musicians and top political leaders. The controversial head of UMNO Youth plays a taxi driver who is asked his views on some current Malaysian talking points. He ends up offering a keris to a Chinese boy as a gift."




Sama-sama kita lihat dan menghayatinya...haha..

Baca Selengkapnya...

30 September 2009

Burger Ramly milik bumiputera

Untuk membersihkan nama Ramly burger yang 'terfitnah', di sini ,saya mengambil tanggungjawab menyiarkan penafian dari pihak ramly-aya&suketani
Burger Ramly adalah hakmilik bumiputera. Sila baca surat rasmi ini.
Sila sebarkan kebenaran ini kepada kekawan yg terdengar khabar2 angin yg tak benar.
Siar Rasmi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Untuk makluman, syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Ramly:

i) Ramly Food Processing Sdn Bhd
No. 1-4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur
Tel: 03-61842972
Faks: 03-61874924
(U/P: En. Mohd Fuad Bin Abd. Rashid, Pengurus Kilang)

ii) Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd
No. 1, Jalan 2/118C
Desa Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03-91737455
Faks: 03-91737709
(U/P: Pn. Siti Hayu Binti Ramly, Pengurus Kanan)

iii) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
132A, Wisma Akar
Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03-26918952
Faks: 03-26914229
(U/P: En. Mohammad Mazli Bin Hassim, Pengurus Peruncitan)

iv) Ramly Food Services Sdn Bhd
Lot 35, Persiaran Mewah
Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03-91726617
Faks: 03-91721222
(U/P: Pn Suriati Binti Abdullah, Eksekutif Akaun & Pentadbiran)

adalah syarikat 100% pegangan saham bumiputera yang dimiliki dan diterajui oleh Tuan Hj. Ramly Bin Mokni (Pengarah Urusan), Puan Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap (Pengarah Eksekutif) dan En. Othamanni Bin Makni (Pengarah).

Alhamdulillah sehingga hari ini, syarikat masih dapat mengekalkan 100% kakitangan muslim yang berjumlah 367 orang dari pengurusan sehingga kakitangan am.

Khabar-khabar yang menyatakan bahawa Syarikat Ramly kini sudah dimiliki oleh bangsa asing adalah tidak berasas sama sekali dan syarikat dengan ini menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar tersebut.

Pihak-pihak berkenaan dialu-alukan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk pengesahan dan / atau menghubungi mana-mana syarikat yang dinyatakan di atas.

Sekian terima kasih.

Yang benar.
Samizan Bin Saion
Pengurus Besar Kumpulan Ramly

Sumber Menyumber : TKO Daily

Baca Selengkapnya...

27 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dua minggu lamanya blog ini hampir terbengkalai, walaupun sudah memiliki broadband sendiri dan kewujudan streamyx dirumah, semuanya tidak memainkan peranan bagi saya untuk mengupdate blog ini. Bila bulan Ramadhan/cuti aidilfitri tiba, saya turut sama menyutikan diri daripada muncul dalam dunia blog.

Adakah saya terlalu fokus terhadap bulan Ramadhan? seperti kebiasaan bagi artis tanahair kita khususnya yang beriya2 cuti/berehat daripada sebarang aktiviti lakonan/pengambaran dan sebagainya. Pening juga bila difikirkan hal ini. Dari kepala hingga ke kaki boleh dikatakan ada sahaja bahagian yang terdedah, tetapi bila tiba bulan Ramadhan sopan santun/berbudi bahasa/berperikemanusiaan telah berlaku.

Kerana menghormati bulan Ramadhan ataupun menghormati/mentaati pencipta bulan Ramadhan? ataupun menjadi hamba kepada Ramadhan ataupun menjadi hamba kepada pencipta bulan Ramadhan. Lebih dua minggu juga lamanya, beberapa entri/posting tentang Ramadhan dan Kemerdekaan tertangguh serta tidak dapat dipost, rugi rasanya... kalau panjang umur insyaAllah akan dibawa ke tahun hadapan. Mudah-mudahan dapat bertemu lagi bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.

Beberapa minggu sebelum Syawal tiba, berkesempatan saya singgah sebentar di Bazar jualan Aidilfitri dengan seorang kawan saya, walaupun akhirnya pulang dengan tangan kosong. Semasa berada dibazar tersebut, sengaja saya buat-buat terkejut apabila melihat beberapa helai baju kurung [agaknya la...] yang tergantung mungkin untuk dijual. Kainnya senipis-nipisnya. Boleh nampak antara bahagian depan hingga kebelakang. Memang mesra alam kainnya. Walaupun baju jenis tersebut perlu dipakai baju lain didalamnya...tapi sanggupkah memakainya? yang sememangnya menjadi fesyen terkini sekarang ini. Terbeliak juga apabila mata memandang bila orang yang memakainya berketul-ketul badannya. Siap ada lipatan semula jadi lagi.

Aidilfitri sekarang ini menjadi satu kegembiraan bila tibanya syawal, mungkin kerana gembira sanak saudara pulang ke kampung halaman, dapat bertemu kawan lama, dapat duit raya, gembira selepas dapat makan pada siang hari dan sebagainya tapi adakah masyarakat sekarang ini tahu apa yang berlaku pada bulan Ramadhan dan Syawal? adakah juga meraka tahu makna sebenar kegembiraan pada bulan Syawal? sirah Nabi mutakhir ini seringkali kita lupa, kadangkala hanya 5peratus sahaja yang ingat/mengetahui sirah para nabi. Perang Ahzab, Nuzul Quran, Piagam Madinah, Baitul Ridwan dan sebagainya masih lagi belum hadam.

Aidilfitri sekarang ini juga boleh dikatakan sebagai hari pertunjukkan fesyen,baik tinggal dihulu, dibandar, kota metropolitan, dan sebagainya. Memakai pakaian bukan untuk tutup aurat dan ikut syariat, tetapi untuk membanding-bandingkan antara satu sama lain, [baju aku lawa...baju kau kolotlah...] sengaja terdedah sana-sini, terbuka sini, ketat disana longgar disini. Tudung dengan gaya tudungnya...Adess...

Akhirnya...jangan lupa juga kita dengan puasa enam dihari dibulan Syawal, yang dewasa ini semakin dilupakan. Ganjarannya seperti puasa setahun. Sebagaimana hadis Riwayat Muslim :

عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ


“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (Hadis Riwayat Muslim).

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Mohon maaf segala kesilapan yang lalu..terkasar bahasa,bahasa kurang menyenangkan, terasa hati dan sebagainya. Maaf Zahir dan Batin. Jangan jadikan Syawal kali ini sama seperti Syawal terdahulu.

Baca Selengkapnya...

07 September 2009

Muat Turun 10 Font Secara Percuma

Dikala orang lain sibuk dengan muat turun lagu raya [raya la sangat kita ni...], tapi di blog ini menawarkan muat turun [download] font secara percuma. Mungkin menjadi kepelikkan bagi sesetengah pihak, mengapa perlu download font? Mungkin bagi sesetengah individu yang sukakan hal-hal berkaitan design/ mebuat poster/ membuat banner/ iklan-iklan dan sebagainya, penggunaan font menjadi salah satu perkara yang dititik beratkan.

Mengapa sedemikian? hal ini kerana hasil-hasil kerja mereka nampak lebih menarik/ mudah diterima/ kreatif inovatif dan banyak lagi. Bagi yang baru hendak berjinak-jinak ataupun akan menceburi bidang-bidang yang banyak menggunakan font, mungkin font yang disediakan ini boleh membantu anda.

Jika font yang disediakan dibawah ini, sudah menjadi koleksi anda sebelum ini, jadikannya sebagai perkongsian dari saya untuk anda dan font-font ini merupakan salah satu himpunan font yang terdapat dalam komputer/laptop suatu ketika dahulu.

10 font ini boleh dikatakan font yang menjadi tumpuan/ selalu diguna dalan kerja-kerja designer dan sewaktu dengannya. Pasti anda tertarik dan teruja dengan font ini.


1) Abite








2) Against Myself








3) Ambulance Shotgun








4) Chicken Scratch AOE








5) Got No Heart








6) My Turtle








7) Peeps








8) Projects








9) Toy Soldier









10) VTC Frunkin Frat








PERHATIAN!!!
File yang akan didownload dalam format berbentuk zip. Anda mesti extractnya [pecahkannya] terlebih dahulu. Bagi yang masih belum mengetahui, caranya: Right klik pada file tersebut. Pilih extract file. Tunggu arahan selanjutnya dari komputer/laptop anda.

Soalan: Bagaimana hendak memasukkan/meggunakan font ini?
Jawapan: Copy dan Pastekan kedalam folder font komputer/laptop anda.
Caranya: My Computer > Acer (C:) > Windows > Fonts
*Selepas paste dalam folder font, sila refresh dan lihatlah hasilnya. Buka microsoft dan guna font tersebut.

Download Font :

1)





2)Download

Sebarang masalah sila komenkan/emailkan/shoutbox/ym dsbgnya dan jangan lupa letakkan link blog saya pada blog anda serta follow memollow. Selamat mencuba...!!!

Baca Selengkapnya...

30 Ogos 2009

Pakaian seksi di bulan ramadhan

Kita lihat pakaian kaum wanita yang semakin menjadi-jadi menjolok mata pada bulan yang mulia ini. Tentu tulisan ini membuatkan golongan hawa tersinggung, tapi apa yang dituliskan disini adalah sesutu yang wajar ditegur.

Bukanlah saya ini tergolong dalam golongan alim ulama. Tetapi saya cuma rasa terpanggil untuk menyuarakan pandangan dan bercakap tentang isu ini. Ramai rakan-rakan saya boleh dikatakan hari-hari bercakap tentang isu yang sama. Tak bolehkah kaum bernama perempuan ini bersopan sikit bila berpakaian?

Satu persoalan yang boleh dikatakan sukar juga nak jawab. Kalau ditegur berlebihan nanti kita pula yang dipersalahkan. Padahal kalau tak tegur kita juga yang memandang berkurang pahala puasa.

Apa pun saya ada satu cerita menarik untuk dikongsikan bersama. Cerita menarik ini telah berlaku di sebuah bazar Ramadan. Ceritanya seorang perempuan dalam lingkungan 20 tahun tiba-tiba menjerit marahkan seorang lelaki yang asyik mengekorinya dan tidak terlepas memandang punggungnya.

Saya ada disitu terkejut bila orang ramai mula berkumpul keliling perempuan tersebut. Perempuan tersebut memaki hamun lelaki itu yang didakwa mengekorinya.

Malangnya tidak ada apa yang berlaku sebenarnya, malah lelaki itu juga tidak ditangkap. Lalu lelaki yang agak berumur itu cuba menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh perempuan malang tadi.

Katanya, dari awal lagi lelaki yang berusia sekitar 25 tahun itu telah mengekorinya dan membuatkan dirinya berasa tidak senang. Tujuan dia datang ke situ untuk mencari juadah berbuka puasa dan dia datang seorang diri.

Dengan selamba jawab lelaki yang mengekorinya, dia berbuat demikian kerana terlalu asyik melihat tubuh perempuan tersebut yang menayangkan sebahagian besar dadanya dan punggungnya pula menampakkan seluar dalam yang dipakainya.

Dia tahu perbuatanya itu salah, tetapi apa yang dilakukan ialah untuk menyedarkan perempuan tersebut. Dalam erti kata lain, dia rasa perbuatanya tidak salah untuk memandang cara perempuan tersebut berpakaian seolah-olah meminta untuk dipandang.

Begitulah adanya cerita tersebut. Kita tersenyum bila perempuan tersebut akhirnya mengalah dan berlalu dari bazaar Ramadan tersebut tampa sempat membeli satu juadah pun.

Air mukanya nampak aib apabila lelaki tersebut memberi sebabnya. Ekoran cerita yang berlaku secara spontan itu , saya bawalah berbicara dengan kawan-kawan lelaki dan sepupu perempuan.

Bagi yang perempuan walau pun cuba untuk menegakkan benang yang basah dengan mengatakan lelaki tersebut boleh didakwa kerana atas kesalahan melakukan gangguan seksual.

Kita tanya balik kenapa pula dianggap gangguan seksul kalau cara berpakaian perempuan tersebut seolah-olah memang untuk tontonan orang lain tidak kiralah perempuan mahupun lelaki.

Lalu dia jawab, susahlah orang lelaki ni, apa yang kita pakai pun salah! Takkanlah nak berkelubung sepanjang masa. Malas nak layan! Terus tukar topik lain kerana selera untuk berbual telah pun berkubur.

Saya bukannya nak mengajar orang perempuan berpakaian, tetapi daripada kisah yang terjadi dengan harapan orang perempuan sedarlah sikit ketika berpakaian sebabnya jika ada lelaki yang cuba menjeling buah dada dan seluar dalam yang dipakai kita rasa itu bukanlah satu gangguan seksual.

Renung-renungkanlah bersama!

Sumber Menyumber : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2263

Baca Selengkapnya...

Nikmat puasa, cahaya hidayah bagi saudara baru

Walaupun baru memeluk agama Islam 26 hari lalu, dia mampu berpuasa penuh sejak Ramadan bermula. Ini merupakan pertama kali, tidak perit atau pedih malah baginya pengalaman menjalani ibadah itu cukup menyeronokkan!

Dia, Azman Yap Abdullah, 32 sentiasa tersenyum dan ceria. Tiada raut keletihan atau kerut di wajahnya. Sungguhpun agak malu-malu bercerita pada awalnya, tetapi bersemangat sekali mengungkap pengalaman berpuasa, satu-satu ibadah yang dijalankan tanpa banyak tanya.

Sejak hari pertama sehingga kini, masih berpuasa tanpa tangguh. Tidak sekerat-sekerat atau separuh hari tetapi penuh, sehingga menjelang waktu berbuka.
"Saya tidak merasa susah, sakit ataupun pedih perut. Semuanya baik dan ianya cukup menyeronokkan!"

Menceritakan pengalaman, kata Azman dia bersahur beberapa minit sebelum masuk waktu subuh hanya dengan menjamah beberapa biji kurma, seperti yang disunnah oleh Rasullulah s.a.w.
"Saya buka puasa pun makan kurma juga. Kemudian cari nasi atau makan di KFC. Ada masa saya berbuka dengan cornflakes atau coco crunch," katanya sambil tersenyum lebar kepada kami.

Itu perasaan yang diluahkan Azman kepada Harakahdaily yang diberi peluang Allah SWT bertemu dengan insan yang mendapat cahaya hidayah 2 Ogos lalu, lalu mengucapkan kalimah syahadah di Hidayah Centre Pusat Komuniti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dekat sini.
Dia mula mengenali agama indah ini sejak 3 bulan lalu, melalui sahabatnya yang juga merupakan saudara baru.Sahabatnya itu, turut menghadiahkan al-Quran terjemahan bahasa melayu untuk dia lebih mengenali dan memahami agama Allah itu.

"Saya baca terjemahan melayu sebab tak berapa pandai bahasa inggeris. Dari situ, saya mula percaya, bahawa agama Islam ini adalah agama yang baik,"jelasnya dengan tenang.
Masih bertatih dan belajar, dia mengakui baru solat hanya sekali sahaja tetapi terus mendapat bimbingan dua orang ustaz daripada JIM dikenali sebagai Johan dan Abdul Rahim.

Azman merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa, sejak sembilan tahun lalu. Dia mengajar Bahasa Melayu, Mandarin dan Sains untuk pelajar sekolah rendah di Jalan Klang Lama.

Lelaki berketurunan Cina ini masih bujang dan agak segan untuk ditemubual pada mulanya, tetapi kemudian menjadi teman mesra kepada kami berdua dari Harakahdaily.
Katanya dia masih menyembunyikan keIslamannya daripada ibunya untuk sementara waktu kerana tahu akan reaksi negatif yang bakal diterima.

"Lambat laun, saya akan beritahu juga...cuma perlahan-lahanlah. Tak mau mak saya marah..."katanya masih tersenyum dengan sinar cahaya di wajahnya.

Ditanya tentang tip kuat semangat untuk berpuasa dan petua untuk orang yang punya 'banyak alasan' untuk culas melakukan ibadah itu, Azman menjawab ringkas tetapi tajam.
"Di belakang rumah kami, ada juga orang Islam makan di restoran Cina waktu bulan puasa.

"Bagi saya, hati mesti baik dan jangan lupa, Tuhan ada tengok kita."

Setelah berkongsi rasa dengan Azman, kami beralih pula kepada Siti Aisyah Tresa, 38 yang memeluk agama Islam sejak 1993 di Melaka. .

Sambil matanya mula berkaca, hampir tumpah air mata, Siti menceritakan detik-detik awal mula menyintai dan menaruh minat kepada agama Islam.
"Saya bekerja kilang dan tinggal di asrama di Johor. Ketika itu saya begitu tertarik melihat kawan sebilik yang sentiasa mengerjakan sembahyang.

"Tiap kali waktu azan, dia akan terus bersiap-siap untuk sembahyang. Saya tengok dia sembahyang, buat hati saya cukup tenang dan saya jadi minat sangat untuk tahu agama kawan saya itu,"kata Siti.
Katanya kerana terlalu minat, adakala bila di kampung, dia akan sembahyang sendiri-sendiri meniru gerak gaya kawannya itu.

Namun, setelah masuk agama Islam, cabaran hebat diterima apabila ditentang hebat oleh kaum keluarga yang masih menganut Kristian. Selama hampir enam tahun, dia melalui tekanan dan asakan hebat.
Tetapi selama itu jugalah, dia tabahkan hati dan tidak terputus hubungan dengan kaum keluarga malah secara rutin, setiap sebulan sekali akan pulang ke kampungnya di Kg Layang-Layang, Johor.

"Selama enam tahun, biar apa pun keluarga buat dan beri tekanan, saya cekalkan hati balik juga bertemu mereka sebulan sekali...
"Alhamdulillah, kini mereka sudah boleh menerima saya dan hubungan masih baik seperti sediakala. Syukur kepada tuhan," katanya cuba menahan sebak

Kini Siti yang mempunyai dua cahaya mata bahagia bersama suami dikasihi, Khaidir Maidin dan merindui sahabatnya Zainab yang rajin solat itu, yang kini sudah terputus hubungan sejak sekian lamanya.
Siti memberitahu, pengalaman berpuasa bukanlah sesuatu yang asing dan menjalani seperti biasa sama seperti umat Islam yang lain.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa saudara baru sepertinya, sering diabaikan kebajikan dan disisihkan daripada masyarakat Islam.
"Saya sentiasa rasa diperlukan. Tak pernah saudara seagama menyisih saya malah merekalah yang banyak membantu tatkala saya menghadapi kesulitan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Siti sempat menyuntik semangat kepada rakan-rakan saudara baru baik yang sudah lama atau yang masih baru memeluk agama Islam agar terus istiqamah bersama agama tercinta ini.
"Walau apa pun berlaku, teruslah bersama agama Islam. Percayalah, setiap kesusahan yang dihadapi, ada jalan penyelesaian yang diberikan oleh Allah...percayalah, saya juga pernah melaluinya...,"tersenyum mengucapkan terima kasih kepada Harakahdaily.

Turut mencuri perhatian ialah seorang saudara baru yang berasal daripada Afnka yng dikenali sebagai Hilal Abdullah, bakal melanjutkan pelajaran di Kanada dalam masa terdekat.
Cuma kisah pilu Hilal yang berasal dari satu kawasan bernama Brundi,ialah kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh kerana berhasrat memeluk agama Islam.

Sebenarnya insan-insan bertuah ini antara 11 orang saudara baru yang kami temui di Hidayah Centre, Pusat Komuniti JIM, petang semalam.
Hidayah Centre adalah sebuah institusi di bawah JIM yang ditubuhkan sejak 2005, berperanan sebagai pusat sokongan kepada saudara baru membawa tema hidayah yang menarik perhatian iaitu "Saudara baru, Saudara Kita"

Objektif penubuhannya adalah untuk memberi penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat.
Semalam, Hidayah Centre mengadakan sidang media Majlis Pelancaran Buka Puasa yang dihadiri saudara-saudara baru yang kelihatan begitu ceria tetapi malu-malu dan tersipu bilamana lensa kamera menyorot wajah bercahaya mereka.

Sebelum sidang media dimulakan oleh jurucakap Hidayah Centre,Joannes Lukas yang juga seorang saudara baru, majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada saudara-saudara baru yang hadir.
Ketika ditanya tentang aduan, masalah dan antara kekangan yang dihadapi oleh saudara baru, Joannes menjelaskan ianya terbahagi kepada beberapa perkara antara yang utama ialah ancaman daripada keluarga dan ketiadaan pekerjaan.

"Bila ada ancaman, maka kita berusaha sediakan penempatan dan penginapan sementara kepada mereka.

"Bagi yang tiada pekerjaan kerana terpaksa berpindah atau disishkan, kita mempunyai jaringan dengan NGO Islam dan syarikat yang bersedia memberi peluang pekerjaan bagi saudara baru ini,"katanya.
Setakat ini Hidayah Centre telah beroperasi di 14 cawangan di sembilan buah negeri manakala sejumlah 432 saudara baru yang berdaftar dengan pusat ini.

Bagi meneruskan pengoperasian dan untuk memberi bantuan kepada saudara-saudara baru, Hidayah Care akan menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa pada 12 September ini, di Putrajaya.
Menurut Pengarah Program Nasiruddin Tahir majlis itu bertujuan bagi mengutip dana melalui tajaan meja makan ataupun sumbangan syarikat, kumpulan atau individu yang berasa terpanggil untuk membantu saudara baru.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Joannes Lukas atau Rosmawati Zainal di 03-41053159 atau 03-41089669.

Moga sudi membantu dan meringankan beban saudara baru yang juga saudara kita.

Sumber Menyumber : HarakahDaily

Baca Selengkapnya...

29 Ogos 2009

Cara buat kotak link unik

Setelah lama tidak menulis tentang tutorial blog yang sedikit mudah untuk anda lakukan dirumah secara bersendirian, kali ini sedikit sebanyak saya ingin berkongsi tentang cara untuk membuat kekotak link [contoh kotak link pada sidebar blog saya]. Lagipun bukan apa, tidak lama lagi saya akan meninggalkan blogger[blogspot] setelah mempunyai domain dan hosting sendiri[nantikan pelancarannya...]

Bagi saya sendiri, kekotak link ini, dapat menjimatkan ruang sidebar blog kita dan lebih nampak kontemporari[reka ayat sedap] serta sebagainya. Tapi awas!, pada template/layout tertentu sahaja kelihatan menarik...[seperti template blog saya].

Tanpa membuang masa[yg sememangnya sengaja dibuangkan], seperti biasa copy dan pastekan kod dibawah pada blog anda. Layout > Page Element > Add a Gadjet > HTML/Javascipt.

<div style="border: 1px solid rgb(153, 153, 153);
overflow: auto;
width: autopx;
height: autopx;
background: white;
color: black;
text-align: center; ">
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">aku</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">bukan</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">seperti</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">engkau</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">sangkakan</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">syin</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">syinrayafa</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">ahmad</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">syafiey</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">abu</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">aswad</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">aku</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">bukan</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">seperti</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">engkau</a>|
<a href="http://syinrayafa.blogspot.com/">sangkakan</a>|
</div>


Untuk kepuasan anda semua, anda boleh mengubah:

1) width: autopx; -saranan saya, lebih mudah buat auto[xpyh nk pening2 pikir saiz sidebar blog kita.

2) height: autopx; -saranan saya, lebih mudah buat auto[xpyh nk pening2 pikir saiz sidebar blog kita.

3) background: white; -ikut nk warna apa
4) color: black; -ikut kome la...

5) http://syinrayafa.blogspot.com/ -tukar kepada link anda
6) aku -nama link yg disukai
7) | -bentuk ini [ikut suka anda nk letak etc: /@ > @ * dsbgnya]

Akhir sekali, selamat mencubanya dirumah sehingga menjadi. Dan jangan lupa masukkan link blog saya sekali dalam kekotak link tersebut[sbg tanda penghargaan]. Jgn malu jangan segan..
Segala masalah dan sebagainya boleh komen/emailkan dan lain2 cara.

Baca Selengkapnya...

23 Ogos 2009

Semangat Ramadhan

Hari ini[23.08.09]merupakan hari kedua umat Islam berpuasa, walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk saya sedikit sebanyak mencoretkan penulisan tentang Ramadhan, difikiran saya sepatutnya penulisan ini sepatutnya ditulis pada pagi kelmarin [selepas subuh waktu dhuha] namun semuanya tidak dapat saya tuliskan kerana laptop saya telah digunakan oleh makhluk tuhan untuk mendownload sesuatu.[senang cerita, server jadi lmbt bila kerja2 download dilakukan.]

Samaada penulisan saya ini sama atau tidak dengan penulisan sahabat2 dan bloggers ,saya tetap mahu menulisnya.[dasar keras kepala.] Puasa Ramadhan saya kali ini sedikit kelainan kerana berpuasa di negeri orang, sedikit sebanyak rasa perhambaan kepadaNya lebih dapat dirasai. Berbuka dan bersahur secara ala kadar sahaja,bukan tidak mampu tetapi puasa mendidik kita supaya tidak mengikut hawa nafsu dalam berbelanja makan dan minum serta sebagainya.

Walaupun berada di negeri orang, Bazar Ramadhan tetap sama.[tempat paling benci bila hadirnya Ramadhan.] Perginya saya kerana hanya sekadar membeli sebungkus nasi dan air soya seterusnya pulang, tetapi mata memandang segalanya, ada yang berambut merah, bercermin mata besar, seluar terlondeh, membiarkan rambut terburai, terdedah sini sana, bergelang besar, berseluar singkat, berpasang-pasangan tanpa ikatan yang sah, dan segala macam manusia hadir ke Bazar Ramadhan. Sesungguhnya berpuasanya mereka semua...[sama2 kita fikir, wajar atau tidak?]

Terlintas pada benak fikiran saya tentang salah satu hadis Rasulullah S.A.W. berkaitan tentang puasa yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam sahihnya
"من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه" Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah (keikhlasan), maka diampuni dosa-dosa yang terdahulu.

Bulan Ramadhan juga, munculnya hadis-hadis masyhur[yang tidak semestinya sahih] dan hadis dhaif mengenai kelebihan2 ramadhan, ganjaran dan sebagainya. Kadang-kadang imam sendiri yang melafazkannya dihadapan makmum. Samaada kita sedar ataupun tidak. Kita perlu berjaga-jaga dalam hal ini, lebih2 lagi hadis dhaif dikatakan sahih.[boleh cek dekat mana2 web ttg hadis masyhur dan dhaif ttg puasa.]

Semangat Ramadhan kian pudar apabila masuk hari kedua sembahyang terawikh, pada hari pertamanya, masjid2 dipenuhi begitu ramai orang, saf solat berderet-deret tersusun, parking-parking kereta penuh,jalan jem, selipar tersusun banyak, tandas surau masjid beratur penghuninya dan sebagainya. Walaupun imam berbuih mulut menerangkan kelebihan dan ganjaran keistimewaan bulan ramadhan, hal ini tetap sama saban tahun. Imam dan ajk masjid pada malam awalnya berpost mortem untuk menambahkan kanopi bagi meraikan makmum yang ramai, malam kedua sembahyang terawikh, kanopi kosong dipenuhi motorsikal-motorsikal[basikal tua termasuk sekali].

Malam kedua terawikh juga menampakkan reaksi para makmum untuk bangun terawaikh begitu culas/liat[tunggu imam habis al-Fatihah baru bangun], tidak kurangnya dengan geliat pusing2 badan,[alasan malas]. Lebih mengharukan lagi, sesetengah individu rajin berterawikh tapi sembahyang fardhu yang lain sebaliknya. Imam berbuih mulut sekali lagi mengingatkan supaya selain bulan Ramadhan, bulan2 lain juga masjid dan surau patut dipenuhi. Mana dia Semangat Ramadhan yang digemburkan/diucapkan pada permulaan Ramadhan?.

Tidak putus-putus mesej[sms] Ramadhan sampai ke handphone kita beri ucapan sempena Ramadhan, tetapi semuanya hanya sekadar syarat masuk bulan2 mulia lebih-lebih lagi Ramadhan. Semuanya juga hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Bagaimana penerima dan penghantar mesej[sms] Ramadhan rasai? Adakah bertambah keimanan atau sebagainya? Mungkin hanya sekadar berbangga dengan sahabat-sahabat bahawa saya mendapat mesej[sms] Ramadhan paling banyak[inbox penuh gua cakap lu...].

Sehari dua lagi, iftar jamaie melambai-lambai menjemput kehadiran kita. Ikhlaskah kita dengan Ramadhan kali ini? Dimana semangat Ramadhan kita?

Sama-sama kita hayati nasyid kumpulan Raihan berduet dengan Man Bai bertajukkan "Harapan Ramadhan".








Baca Selengkapnya...

21 Ogos 2009

Ingat, 21 Ogos: Hari Quds Sedunia

Kesibukan mencari kehidupan, termasuk menunggu kedatangan Ramadhan, hampir terlupa 21 Ogos adalah hari Quds Sedunia. Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin tetap di dalam hati. Masjid kedua selepas Masjid al-Haram di Mekah, qiblat yang pertama dan tanah haram ketiga yang suci.

Kali ini kedatangannya beriringan dengan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan jihad. Bumi Quds juga akan menjadi bumi jihad sepanjang sejarah. Semenjak dahulu sehingga ke akhir zaman, ia menyaksikan pelbagai pertarungan. Pertarungan sengit antara Dajjal dan Nabi Isa juga akan berlaku di perkampungan Bait al-Lud di Bait al-Maqdis.

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.

Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Yahudi kemudian membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’, dengan kata lain, tidak waras. Dengan itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Justru, ketibaan 21 Ogos ini terus mengingatkan umat Islam tentang kejahatan Yahudi dan konspirasi berterusan mereka terhadap umat Islam. Hari ini Jumaat terakhir sebelum Ramadhan esok. Khutbahkanlah wahai khatib yang sensitif dengan isu ini untuk sentiasa mengangkat kesedaran umat tentang bumi yang sentiasa panas ini dan memanaskan jiwa jihad di kalangan umat Islam.

Sumber Menyumber: Ust Nik Nasri

Baca Selengkapnya...

Berita Palestin
Pasang pada blog tanda sokongan.
<center><a href="http://www.palestinkini.info/"> <img border="0" alt="Berita Palestin" src="http://syinrayafa.googlepages.com/savepalestin.jpg" title="Berita Palestin"/></a></center>

Dunia Hari Ini

|| ISLAM || Dulu, Kini, dan Selamanya...

Powered by FeedBurner

home page tracking

Society Blog Directory